may the force be with you

itulh ungkpn popular dunia star wars yg mnjd ikutn peminat2ny di seluruh dunia. tp agak aneh & mngecewakn krn ungkpn itu langsung tdk digunakn dlm filem star wars trbr yg brcorak animasi, the clone wars yg sy tonton smlm.

`
ini mrupakn filem ke-7 star wars & yg prtama dibuat secara animasi. filem ini mngisahkn perang klon, peperangn yg brlaku antara pihak republik yg mnggunakn tentera klon dgn puak pemisah (separatist) yg mnggunakn robot 'droid'. ia brlaku selepas filem episod 2 tp sblm filem episod 3. kita tdk perlu menonton episod 2 utk memahami cerita clone wars tp adalh lbh baik brbuat demikian krn ada babak yg mngungkit perkara yg brlaku dlm episod 2.
`
anakin & obi wan tlh ditugaskn utk mnyelamatkn anak jabba the hut yg tlh diculik. walaupn jabba mrupakn ketua mafia yg jahat tp pihak republik perlu memberikn bantuan utk mndpt sokongn jabba yg brkuasa di kwsn outer rim utk membantu dlm peperangn dgn puak pemisah.
`
filem ini blh disimpulkn dlm 2 perkataan, 'relax' & 'action'. tdk spt filem2 lain ia tdk mempunyai fokus & cerita yg berat; filem pertama, episod 4 memberi pngenalan kpd dunia star wars & watak2ny, episod 3 mnceritakn bgmana anakin terpesong ke dlm kejahatn & mnjd darth vader. filem ini pl spt salah satu episod dlm satu siri animasi yg pjg iaitu mnceritakn sebhgn dr keseluruhn cerita; satu misi antara puluhn misi yg perlu dilakukn kedua hero jedi trsbt.
`
filem ini jg memaparkn paling byk aksi brbanding filem2 sblmny. sejak mula hingga akhir ada sj babak peperangn baik di darat mahupn di angkasa, juga prtarungn antara jedi & sith yg menarik. kpd peminat star wars yg ingin mnyaksikn bgmana perang klon brlaku inilh filemny.
`
pn bgt ada jg beberapa perkara yg tdk disenangi. antarany lukisn rambut, misai & jambang obi-wan yg kelihatn palsu & spt digam, rasany ia blh dilukis dgn lbh baik & 'natural'. ketiadaan ungkapn 'may the force be with you' & perbualan brkaitan the force jg mnghampakn. sbg filem star wars 2 elemen ini tdk patut disingkirkn, tdk pasti kenapa hal ini brlaku.
`
kesimpulnny filem ke-7 star wars seronok utk ditonton; jln ceritany 'ringan', prsembhn animasi yg menarik serta aksiny brterusn. kpd peminat star wars jgn lpskn peluang utk mnyaksikn filem ini.

1 Comment:

  1. looka80 said...
    aa - padan la lengang jek panggung! huhu...

Post a Comment



Newer Post Older Post Home