made in malaysia









ptg td sy, shampang, shampearl, jai & tetamu khas dr htv2 wak cam tlh ke hypermarket mydin. shampang, shampearl & wak cam nk shopping, maklumlh duit bonus blm habis, lps ni nk guna duit 'increment' pl. sebaik shj smpi di pintu utama mydin kami disajikn dgn tarian joget oleh kump penari tradisional negeri selangor sempena program promosi produk perusahaan kecil & sederhana (pks) yg dianjurkn oleh mydin
`
mmg hebat tarian yg dipersembahkn, mulanya igtkn petugas mydin yg buat persembahan krn kl dilihat dr segi pakaian tak mncerminkn kump penari tradisional negeri. jd pd asalnya berasa takjub melihat kehebatan pekerja2 mydin menari joget, tp rupa2nya kena tipu. lama jg mereka menari, mula2 joget biasa kemudian ditmbh dgn kipas cina. tp yg paling rugi tak sempat brkenalan dgn penari2 perempuan, lawa2 jg yg ada masa tu

hartindo af 11e


ptg td sy tlh menghadiri ceramah 'kowledge sharing' yg diadakn oleh syarikat brtajuk 'public fire saftey awareness'. ceramah adalh brkaitan kebakarn, jenis2 kebakarn, jenis2 api & cara2 memadam kebakarn & tindakan2 yg perlu diambil bila brhdpn dgn kebakarn. syarikat tlh menjemput pertubuhan ngo (lupa nama sbb pjg sgt) utk beri ceramah trsbt. byk perkara yg tlh dikongsi oleh penceramah. antaranya :
1) wiring elektrik mempunyai jangkahayat 10 thn sj, slps 10 thn pemeriksaan perlu dibuat utk memastikn wayar2 brada dlm keadaan baik.
2) trdpt 3 jenis pemadam api; serbuk, gas karbon dioksida & gas hartindo af 11e
3) trdpt 4 gred api; A utk api brpunca dr objek fizikal spt kayu, plastik & getah, B utk api brpunca dr cecair spt minyak, petrol & cat, C utk api brpunca dr gas & prkakasan elektrik, cthnya gas memasak & komputer, mesin basuh & peti sejuk. akhir sekali D api brpunca dr bahan kimia.
4) pemadam api jenis serbuk & gas hartindo af 11e sesuai utk api gred A,B & C. jenis gas karbon pula utk gred B & C shj. gred D adalh api yg paling brbahaya & hanya blh ditangani oleh pihak bomba shj.
`
diakhir sesi ceramah penceramah tlh memberi peluang kpd peserta utk membeli pemadam api gas hartindo af 11e pd harga diskaun rm400, iaitu potongan 50% dr harga asal rm800. walaupn nmpk murah tp masih mahal brbanding pemadam api biasa yg brharga antara rm180-rm200 shj. tp kelebihan brbanding yg lain adalh :
1) barangan import dr uk
2) rekabtk kecil; 1 kaki tinggi & lebar 5 inci, berat 1 kg - ini adalah lbh kecil @ ringan brbanding pemadam api biasa, sesuai utk kegunaan dirumah & utk pengguna perempuan & kanak2.
3) tiada tarikh luput - gas hartindo af 11e tiada tarikh luput spt bhn pemadam api lain, jd tak perlu ke balai bomba setiap thn utk menambahbaik
4) tiada bhn racun - gas hartindo af 11e jg mesra alam & blh digunakn ke atas manusia, tak spt bhn pemadam api lain yg blh memudaratkn jika digunakn keatas manusia (siap bau lemon)
5) blh digunakn maksimum 13 kali, yg lain hanya blh digunakn sekali sblm perlu disi semula
tidak sensitif kpd api, maknanya susah nk meletup jika trdedah kpd api, x spt yg lain
`
olh krn itu sy pn belilh satu, mmg minta jauh dr sebrg bencana tp bak kata pepatah 'sediakn payung sblm hujan'. lgpn ia suatu tawaran yg baik, jd ambil lh peluang yg ada

tempoh hari sy tlh mengalami satu pengalaman yg memberi pengajaran yg brmakna dan mengubah pandangan sy trhdp pendatang asing di msia.
`
kejadian brlaku di hypermarket mydin pd 24/03/08. slps waktu pejabat sy tlh ke sana utk membeli brgan dapur. setlh selasai jam 0930 sy pn menuju ke motor utk pulang tetapi kunci motor tlh hilang. sy cepat2 periksa 'sling bag', poket baju & seluar tetapi tidak menjumpai kunci, siap periksa di 'pouch' telefon bimbit yg dr mula smpi skrg diisi dgn telefon bimbit beberapa kali. hehehe org bila dh panik yg mengarut jd masuk akal. malangnya masih tak jumpa. periksa motor pula, tpmt 'ignition', bakul, kunci belakang, celah tayar, atas 'seat', celah rim tayar, semua dicari kecuali tangki minyak (belum gila lagi tau). beg plastik berisi brg yg dibeli td tak terlepas dr pemeriksaan kastam. 1/2 jam 'meraba' diri, motor & beg2 plastik tp malangnya kunci masih tiada. sy pn mula memeriksa kawasan sekitar motor & laluan yg diambil dr motor ke mydin. toleh sana, toleh sini, tgk dpn, tgk belakang tp masih tak ada. rasa panik dh mula membuak2. kalu mcm ni kena minta abg hantar kunci 'spare'. tiba2 sy terpikir sesuatu. thn lps abg pernah hilang kunci motor jg di jaya jusco wangsa maju. lps puas mencari 'sepelusuk dunia' dia telah menanyakan kpd kaunter khidmat pelanggan jusco. akhirnya masih tak ada jg kunci & sy terpaksa membawa kunci gantian. sy pn terus ke kaunter khidmat pelanggan mydin & brhrp tuhan mengasihani sy.
`
di kaunter itu sy disambut wanita pekerja asing india yg brtugas. sy maklumkn tlh kehilangan kunci motor. setelah mmberi keterangan dia menelefon seseorg dlm bahasa india. kemudian dia minta sy ke bilik pengawal, mengatakn kunci ada disana. dgn pecutan watson nyambek sy terus kesana. hati sy gembira tp was2 btl ke kunci ada disana.
`
sy disambut pengawal lelaki pekerja asing india jg dan diminta duduk. rupanya bilik pengawal itu brfungsi sbg bilik cctv krn byk skrin cctv yg ada. setelah menulis butiran diri & motor sy dihadiahkn kunci motor sy. Alhamdulillah tuhan masih mengasihani sy. dgn hati gembira sy brjln ke motor.
`
sedang brsiap utk balik sy ditegur seorg pengawal asing jg berbangsa india :
pengawal : halo
sy : ya
pengawal : itu mana amik?
sy : bilik cctv
pengawal : hahaha, itu td mana taruk?
sy : tada igt mana taruk
pengawal : hahaha, lain kali jaga2 ahh
sy : ok2, thank you2
`
itu lh pengawal yg telah menyimpan kunci sy 'sepeninggalan' sy. kejadian hr itu tlh mengubah pandangan sy trhdp pendatang asing yg negatif & serong. tak semua pendatang asing jahat & suka melakukan kejahatan. ada dikalangan mereka yg baik hati, jujur & amanah. jd dimasa akan dtg tak mustahil sy akan berpacaran dgn gadis2 asing ala dian sastrowardoyo, agnes monica atau revalina s temat

suprise, surprise



wow, minggu byk mndpt kejutan yg tak disangka2. mula percubaan mncuri motor sy. buktinya suis motor tlh rosak spt dicungkil benda asing. akibatnya tak dpt buka kunci 'handle' motor. sy trpaksa brjln kaki ke kedai motor di bwh laluan lrt & minta mekanik ke rumah utk membuka kunci 'handle'. lesap rm45 tukar kunci br. bkn tu sj plat motor jg patah. kalu dpt pencuri tu lanyak2 muka dia
`
kejutan kedua mendpt berita bhw kwn sy, g yg brtugas di jpn menyertai akademi fantasia. sy pn bersemangat membuka laman web astro bhgian af utk periksa nama dia & minta jai tlg tgk persembahan dia di astro (tak da astro di rmh). tapi rupa2nya g tipu, sj nk kenakn sy. lps tu kwn2 jpn lain semua ejek2. bkn sj kena kencing tp perli sekali...apa punya nasib daaa
`
walau apapn kejutan terakhir adalh paling seronok & menggembirakn. trnmpk tawaran ebay utk mp01 dgn harga dibwh rm700, wow mmg sgt murah krn rata2 harganya rm800 keatas. apa yg menariknya bila tanya penjual mana blh COD dia ckp blh dtg hari tu utk ambil, dia trs tawar nk jual kpd sy walaupn masih dlm proses lelong. sy pn cepat2 setuju & dia tarik blk lelongan. ptg lps waktu kerja dgn jai pg ke kedai dia, toymix di hotel pearl point di jln klang lama. mmg seronok dpt mp01 krn ia antara mainan yg dicari2. autobots, transform and rollout!







minggu lps sy tlh membeli skylynx di kedai toy workers di subang square dng jai. kedai dia taklh besar mana tp penuh dgn permainan transformers, mainan yg ada ckp menarik dan pelbagai. skylynx tlh dibeli dibwh nilai rm220, ni merupakn antara hrg yg murah ditawarkn utk skylynx. kedai toy workers ni ada potensi utk dikunjungi semula
`
skylynx merupakn leftenan kpd optimus prime. skylynx merupakn antara transformers yg tidak mempunyai btk robot. skylynx mempunyai 6 btk keseluruhannya. btk pertama adalah burung dinasor yg bertukar kpd kapal 'shuttle', kedua harimau yg bertukar kpd kapal kontena, btk seterusnya adalh gabungan burung dinasor dgn harimau dimana burung mnjd bhgian atas dan harimau mnjd bhgian bwh. btk ini merupakn btk kegemaran skylynx. btk gabungan ini pula blh bertukar kpd kapal 'shuttle' yg besar. berapa byk btk da...
`
apa yg menarik psl mainan skylynx ini adalh bhgn harimau blh bergerak samada brjln @ meluncur spt kereta RC. ini kaki2nya direka supaya blh bergerak dan roda dipasang bg memblhkn skylynx meluncur. hanya masukkn 2 biji bateri aa, set samada brjln @ luncur & tekan on. wow jrg sekali ada permainan transformers yg blh bergerak. mmg tdk rugi beli skylynx.









wow, gembira rasa krn dpt mgundi thn ni. pilihanraya lps tdk smpt krn lambat daftar. sy tlh membuang undi utk dun ladang dan parlimen kuala trg. tiba di tmpt undi iaitu sek. ren. sul. sulaiman 1 jam 1000. seluruh kwsn tlh dipenuhi poster dan bendera parti bn & pas, parti yg brtanding di kwsn sy. pusat undi bn dipenuhi pengundi2 dan petugas2 bn tp di pusat undi pas hanya terdpt petugas shj. mgkn penyokong pas dtg sblh tghari. ramai org keluar masuk dr tmpt mengundi. lps daftar nama dn diberi kertas maklumat pengundi terus masuk ke tmpt mengundi, masa tu ada beberapa org sedang mengundi jd kena beratur.
`
sesudah selesai membuang pergi bertanyakn kpd pusat undi bn samada blh buat tuntutan prjlnan utk pengundi luar. En Engku Ismail, petugas yg menjaga bhgian tuntutan maklumkan tuntutan blh dibuat dn telah memberikn borang utk diisi. dia ckp lps siap isi pergi ke ibu pejabat bn di pusat khidmat masyarakat dun ladang, gong kapas.
`
sebaik smpi tmpt trsbt tlh dibanjiri ramai pengundi luar yg blk kg utk mengundi. setelah hampir 1 jam bratur akhirnya dpt juga duit rm100. ok lh tu; buang undi, bratur 1 jam dpt rm100, siapa nk bg kn? blh lh beli encore skylynx lps ni.
`
tulh serba sdkt kisah pengalaman mengundi kali pertama, mmg seronok. tak sabar rasanya nk sekali lg bratur 1 jam utk dpt rm100...

i'm back

lama rasanya tak kemaskini blog ni, maklumlh br selesai pilihanraya lps tu cuti. bila kembali brtugas kerja bertimbun2, kl duit brtimbun2 ok jg. disini sy ingin mgucapkn terima kasih kpd pok kir krn membantu sy betulkn papan kenyataan blog sy menggunakn photoshop. skrg gmbrnya sdh mnjd lbh kemas. mekasih byk pok kir...

duyung singa






hari ini shampearl yg melancong ke singapura hujung minggu lps bg cenderahati ketip kuku ada ukiran merlion (duyung singa) iaitu simbol republik tersbt. terima kasih pearl...


menurut cerita yg trcatit di blkg kertas tu temasek (nama lama singapura) telah musnah pd kurun ke-4 masihi. pd kurun ke-11 masihi pulau trsbt dijumpai oleh sang nila utama, putera empayar srivijaya. sebaik sj mndarat di kapal dia trjumpa seekor haiwan pelik, yg akhirnya diketahui sbg singa. dia pn terus menamakn pulau tu singapura yg brmksd kota singa dlm bhs sanskrit.


hmmm belajar sejarah lh pula...

mp01





spt yg dikatakn sy akan mnceritakn serba sedikit brkaitn transformers masterpiece, bermula dgn mp01 optimus prime (op) yg dikeluarkan takaratomy. kl dilihat dr gambar yg ada tdk dpt dinafikn pghasilannya sungguh bermutu dan teliti.

rekabtk op ini diambil dr kartun pertama transformers yg ditayangkn pd thn 80an. kl dilihat namanya adalah convoy. ini mrupakn nama jepun op. setelah transformers diimport ke amerika oleh hasbro nama convoy dan bebrpa lg watak transformers telah ditukar atas sbb pemasaran. jd convoy ditukar kpd op. trdpt 3 lg masterpiece op selain dr mp01; mp04, 20th anniversary dan edisi dvd.

op dlm btk robot mempunyai ketinggian 12 inci dan dibuat dari gabungan plastik dan 'diecast' ini membuatkannya berat dan kukuh. kepala, tangan, jari dan kakinya blh digerakkan bg memblhkan ia diletakn dlm pelbagai posisi. bhgn dadanya blh dibuka utk mngeluarkn matriks kepimpinan autobot (autobot matrix of leadership). matriks trsbt blh mghasilkn cahaya kebiruan bila butang pd bahu kiri op ditekan.

selain dr matriks aksesori yg disertakn brsama op ialah senapang, kapak 'energon' dan megatron dlm btk pistol. kekurangn permainan ini adalah ketiadaan trelernya, ini mungkin krn masalah kos. tayar op dlm btk kepala lori dibuat dr getah bg menambahkn rasa realistik.

kesimpulannya mp01 merupakn satu permainan koleksi yg mempunyai 'wow factor' dan harus dimiliki peminat setia transformes atau pengumpul permainan bermutu tinggi.

holiday villa



hari ini mkn tghari di holiday villa subang. jai ada kursus sana jd bila tiba masa mkn tghari dia ajak sekali walaupn sy tak trlibt dgn kursus. dia ckp hr syarikat benarkn, jd apa lg rebut lh peluang yg ada.

mkn di coffee house, tmpt majlis prpisahn jibam 2 thn lps. masa msk tu ramai peserta tp kebykknnya peserta luar. kakitangan syarikat yg ada tak ramai, yg kenal masa tu abg usop, org jpn, anak buah en louise dan jai.

hidangan yg ada ok, blh tahan, ada nasi briyani, udang, ayam, daging, ikan - semua tu x igt masakan apa, laksa selangor,kek2, buah2an, mcm buffet biasa. tp yg pasti lbh bagus dr chillis klcc...







rasany kali ini sbg pengenalan, sy akan mnceritakn skt psl siri transformers yg hebat dan tahap rekaan yg tinggi; siri masterpiece. siri ini direka utk pengumpul dan peminat setia transformers mahupn kpd mereka yg meminati permainan hasil rekaan yg tinggi.
siri masterpiece dihasilkn oleh takara tomy, syarikat pengeluar permainan transformer pd thn 2003 dgn hasil pertama ialah mp01. sejak itu 5 rekaan tlh dihasilkn dgn rekaan ke 7 dlm proses, spt yg dinyatakn sblm ini. pd masa yg sama hasbro, rakan kongsi takara tomy yg mengeluar & membekalkn transformers utk negara2 barat turut mengeluarkn masterpiece mereka. sbg permulaan sy akan cerita psl masterpiece takara tomy.

siri ini adalah brasaskn transformers generasi 1 (g1) iaitu kartun pertama transformers pd thn 1980-an. 6 rekaan yg ada skrg mggunakn kod mp0*. watak2 yg tlh mnjd ahli masterpiece adalh
mp01 - optimus prime (kepala lori shj)
mp02 - ultra magnus (kepala lori shj)
mp03 - starscream
mp04 - optimus prime (bersama treler)
mp05 - megatron
mp06 - skywarp
berikut adalh keunikn masterpiece :
1) tinggi robot adalh 12 inci
2) dibuat dr gabungan plastik dan 'diecast' bermutu
3) penghasiln btk bdn dan anggota lain yg lbh baik
4) pergerakkn anggota yg lbh byk spt jari, kepala, kaki, tangan - memblhkn posing yg lbh baik
5) didtgkn dgn pelbagai aksesori spt senjata, 'stand' dan treler

lain kali sy akan br penerangn satu persatu watak dlm siri ini...
(gambar dipetik dr laman web seibertron; http://www.seibertron.com/ dan big bad toy store; http://www.bigbadtoystore.com/)




hari ni sungguh bersejarah krn pg mkn jemptan kahwin org depan rmh. lauk pauk biasa sj, tetamu yg dtg pn biasa sj, tak ada awek2 cun atau seksi seperti sediakala. tp apa yg istimewa adalah terdapat ukiran burung yg dibuat dr air batu diletak dihadapan meja pengantin. masa tu pengantin blm smpi. spjg hdp tak pernah tgk di mana2 majlis persndngn ada ukiran air batu. ni kali pertama, mmg hebat. masa smp br jam 1.00 ptg, masa tu tukang ukir tgh ukir burung terakhir, dia guna gergaji mesin (chainsaw), mmg berbakat. lps mkn terus ambil gmbr. mujur masa tu tak ramai org yg ambil gambar. lps siap tu terus pengurus katering yg uruskan majlis dtg bg 'business card'. dia ckp katering dia ada sediakan perkhidmatan ukiran air batu. rasanya blh ke dia buat ukiran optimus prime...

Newer Posts Older Posts Home